Berdakwah melalui muzik
Selain kekagumanku terhadap bakat beliau, beliau juga mempunyai kelebihan yang lain. Kebijaksanaan dalam berdakwah.Dengarkan sahaja lagu2nya.Dengan rentak2 lagu RnB serta sulaman irama2 arab (tak reti sangat nak define genre2 lagu) , alunan muzik ini berjaya menambat hati sesiapa pun yang mendengar.
Maka tidak hairanlah lagu2 beliau digemari,sehinggakan kawan2 non-muslim pun meminati beliau.Inilah dakwah di dalam muzik.Mungkin mesra kita katakan "Music Diplomacy", kita mendekati orang2 bukan islam melalui cara yang mereka senangi. Sambil menghayati muzik,sambil memahami bait2 lagu, sambil berdakwah,sambil mengingatkan.Kombinasi yang sangat berkesan dalam berdakwah, seiring arus perdana.
Semoga insan2 seperti beliau sentiasa hadir dalam kemelut islam global yang semakin parah masa kini.Semoga menjadi ilham kepada diriku untuk menggerakkan dakwah.InshaAllah, banyak lagi ilmu2-Nya yang perlu saya terokai.Semoga sentiasa mendapat izin-Mu ya Raab..
Jika tidak melalui 'tangan', gunakan 'mulut'
Sebagai pandangan, sesetengah ulama menafsirkan mencegah perbuatan mungkar melalui mulut ditafsirkan sebagai penulisan.Apa kata kita jadikan ruang penulisan sebagai permulaan untuk menyebarkan dakwah.Tidak seperti mengubah lagu yang memerlukan bakat yang signifikan, penulisan cuma memerlukan banyak latihan.Ia menjadi mudah bagi penulis "tegar" terutama individu yang sangat aktif berblog.
Jom jadikan bidang penulisan salah satu daripada medium untuk kita berdakwah.Banyakan latihan serta luaskan medium bacaan, bukan dalam bidang pengajian kita sahaja.Bukalah minda, terapkan semangat sentiasa menjadi lebih baik.SDBB (salam dari bawah bayu), Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment