Monday, November 8, 2010

Labah-labah a.k.a Spider...

Pernah tengok macam mana labah2 buat sarang?? 

Wow..hebatnya saya..
susah nak tengok, tapi kalau
ada rezeki boleh tengok macam mana mula2 dia buat mcm spiderman
gitu.pancutkan tali dan bergayut di situ, tunggu angin tiup sampai dia boleh melekap
ke seberang. dari situ dia dah buat satu lantai, dia akan buat lagi bnyak2 pada ukuran yang sama sampai jadi bulat gitu.lepas itu dia mula menganyam, bulat dan berpusing keliling.

Susah sekali, kenyang selamanya

akhirnya jadilah sarang labah2 yang merentang laluan serangga lain. labah2 ni.. dia akan duduk di tengah2 sarang dia dan tinggal tunggu aje makanan datang. punyalah cerdik.sekali kerja makan selama.

jadilah macam labah2, cerdik.yang penat sekali tapi kenyang selama. Bayangkan kalau kebetulan kat situ banyak nyamuk, memang kenduri besarlah hari2.kita manusia pun kenalah gitu. kena bijak.

" Dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang, dan bahtera yang belayar di lautan untuk kemaslahatan manusia, dan air yang dikirimkan Tuhan dari langit - yang dengannya dihidupkanNya bumi sesudah mati ( kering) dan disebarkanNya pelbagai jenis makhluk - dan angin serta awan yang bergerak dengan patuhnya ke pelbagai arah diantara langit dan bumi; sesungguhnya terdapat tanda2 bagi mereka yang menggunakan akalnya."
Surah Al-baqarah, 164.

" Tuhan tidak malu untuk membuat perumpamaan dengan seekor nyamuk atau yang lebih rendah dari itu, kerana bagi mereka yang beriman, mereka yakin bahawa perumpaman itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka," Surah Al-baqarah, 26.

makhluk yang begitu kecil seperti nyamuk juga labah2, disebut-sebut dalam ayat2 Tuhan. Macam juga nyamuk, kita pada umumnya anggap labah2 tidak penting sangat. hanya orang yang berfikir saja dapat melihat keajaiban yang disampaikan ayat2 ini.

Pandanglah dengan mata hati 

sayalah imaginasi anda 
 "Dan Dia-lah yang membuat segala di langit dan segala yang dibumi tunduk kepadamu. itu semua dari DIA.sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Tuhan bagi orang yang berfikir." Surah Al-jasiyah, 13.

tengok spiderman, bukan main kuat lagi bila manusia dicampurkan dengan DNA laba2.alaa..memanglah kartun tapi itu imaginasi manusia sendiri betapa powernya labah2.

sebenarnya bagi kita fikir dan akui memang serangga ini hebat dan power.ia power oleh fizikalnya yang kelihatan lemah tu, ia boleh hidup dalam semua keadaan dan di bawah semua kelebihan yang ada pada hidupan lain. Labah2 adalah anugerah Allah pada manusia untuk manusia fikir.kita juga patut power oleh fizikal yang sedia ada,kan??

Fikir, jangan tak fikir... =D
 

p/s: dipetik daripada buku Dr HM Tuah, "Bukan main lagi"..sekadar untuk perkongsian (^_^)

No comments: