Monday, November 8, 2010

Kulihat diriku pada diri mereka...



Sepanjang cuti2 malaysia nie, kebanyakkan aktiviti saya berkisar untuk membantu bapa dan emak saya berniaga secara kecil-kecilan di hadapan politeknik kota kinabalu.secara lebih tepatnya, penjaja bergerak yg menjual makanan dan minuman. Dengan menggunakan Perodua Kembara untuk berjualan, maka lahirlah nama jolokkan “Kembara de Lily”. Nama nie adalah nama jolokkan daripada pelajar2 poli sendiri, tanpa sebab-musabab yang jelas, memanggil emak saya aunty Lily.

Tapi itu tak menjadi masalah pun.bagi emak, itu semacam akan “promosi tak terancang”. Bila disebut saja aunty Lily, segera mereka tersapa “Ooo..makcik yang menjual kat luar tue, jom p sana”..alhamdulillah,maka bertambah2 la rezeki mak sehari2.

Bermacam ragam dan tingkah 

Perihal lanjut “Kembara de Lily” nie saya kisahkan kemudian sahaja. Ada benda lain sebenarnya saya nak khabarkan dekat sini. Secara “official”nya, pada 1november yang lepas, Politeknik di seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini.banyak perkara2 sekaligus detik2 nostalgia terimbau bila melihat tingkah pelajar2 di sini.

Seperti cepatnya masa berlalu, begitulah cepatnya perangai2 dan emosi pelajar ini berubah 360 darjah. Pada awal semester dahulu, semua ceria2 saja. Berborak2,berkicau dan ber”loyar buruk” sepanjang masa ibarat dunia mereka yang punya.dan tidak kurang, ada seorang hamba Allah nie, sentiasa bercerita kisah kawannya yang karok berjam2, mengacu-acu lagak persis faizal tahir membuka baju .berterusan, tanpa henti. Saya kurang jelas perihal “tema” yang mereka bincangkan. Malah saya juga ragu, kerana hal karok itu mereka bincangkan berterusan dari minggu2 lepas lagi.mungkin saja mereka kemari untuk menuntut “cara berkarok yang betul” sebelum menyertai program Mentor yang akan datang.wallahualam..

tapi lihatlah mereka sekarang.semuanya serius sahaja.kisah2 karok telah terbang dibawa angin bayu.perihal akdemik semakin kuat bersenandung.maka tidak hairan,  melihat mereka lebih serius berbicara berkaitan pelajaran. Tidak kurang ada mata yang bengkak2, seperti ditinju, kerana seharian bersengkang mata untuk mengkhatamkan segala pelajaran untuk exam hari itu.kalau ada yang tergesa2 berjalan tu, saya maklum mereka nie memang dah terlewat untuk ke dewan peperiksaan.tidak kurang juga ada yang sibuk membuat panggilan, saya mafhum mereka nie golongan yang tak tau dewan peperiksaan mana harus ditujiu, A atau B, sedangkan exam akan bermula beberapa minit saja lagi.

Cerminan diriku menggali hikmah 

Ada suatu kehairanan melanda diriku apabila ku melihat semua ini.seakan2 aku melihat diriku sendiri dalam setiap tingkah mereka.untuk menjadi lebih dramatik, ia seakan2 dalam gerakan “slow motion” agar dapat diriku menikmati setiap esensi pergerakan mereka.

Secara perlahan2, saya fahami khayalan itu adalah jelmaan diriku sendiri.saya maklum semua kelakuan itu pernah saya lalui dahulu. Daripada studi last minute, sembap dan tak tidur sehari sehinggalah menzahirkan mimik muka yang serabut serta serius, semuanya pernah ku lalui dahulu.

Benarlah kata orang2 yang arif “ biarpun seribu kaca kita gunakan – yang datar, yang cekung,yang cembung, dari samping, dari atas atau bawah sekalipun – tak pernah cukup untuk kita mengenali diri”

Maka saya mafhum bahawa apa yang saya lihat sepintas lalu itu adalah secebis pengajaran yang hadir daripada pelbagai kekalutan duniaku sehari2. Syukur ke hadratNya kerana memberi peluang untuk ku menyedari kesilapan ini. 

Dengan tekadnya saya menarik pengajaran daripada hal ini untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu iaitu kurang perancangan dalam hal2 pembelajaran. Medan di Shah Alam nanti (InshaAllah) akan saya zahirkan inti2 pengajaran ini dalam melayari esensi penjelajahan ilmu.Semoga kita semua sentiasa dalam redha-Nya, InshaAllah...

saya coretkan catatan ini.
untuk pedoman  kemudian hari.
ilmu sentiasa perlu dicari,
moga mendapat petunjuk ilahi.

kredit for pictures;
dasweetmemory.blogspot.com
peaceofme.wordpress.com 

No comments: