Sunday, October 31, 2010

Setahun sudah

saat coretan ini ditulis,2-3 hari lagi, nak masuk dah bulan november.kalau nak dicongak,biar ditolak, didarab,guna kaedah Gauss sekali pun, aku tak boleh menolak bahawa genap setahun sudah saya meninggalkan UiTM Pulau Pinang.dalam tempoh ini, banyak perkara2 menarik berlaku dalam hidup ini.syukur Alhamdulillah, setelah 3 tahun, dapat juga saya duduk lama dekat sabah nie.

UiTM Penang di suatu pagi yang indah
genap setahun nie, banyak perkara yang saya lalui.Daripada yang biasa,manis,pahit dan tawar pun ada.daripada semua rasa itu, setiap hikmahnya tidak terlepas untuk saya renung2kan.

walau tidak menyambung terus pengajian ke peringkat sarjana muda dahulu,saya mengambil peluang yang ada ini untuk "settle down" dan cuba menilai kehidupan saya selama 3 tahun di Pulau Pinang. tidak dapat saya sangkalkan, banyak perubahan yang saya lalui.cuma dalam banyak2 itu, lebih banyak buruknya daripada baiknya.


saya tidak bermaksud bersangka buruk kepada Allah.sesungguhnya, yang buruk itu semuanya daripada kesilapanku sendiri.dan Allah swt sembunyikan hikmah di atas setiap keburukan yang saya lakukan, tinggal untuk saya gali dan pandang dengan mata hati sahaja.di situlah terletaknya kebesaran yang maha esa.

sewaktu mendapat tawaran sambung pelajaran ke Shah Alam dahulu, hatiku begitu tawar untuk menerima.setelah menimbang segala baik buruk, dengan hati yang was2,sya menolak tawaran itu.maka berduyun2 lah khabar daripada rakan2 yang mengatakan langkah saya itu salah dan merugikan.saya terima hakikat itu dengan kepahitan dan diam sahaja.

Banyak membaca itu semanis madu

hari2 seterusnya, saya menuruskan kehidupan dengan biasa2 sahaja.tapi setiap inci masa takkan ku biarkan berlalu begitu sahaja.tabiat baruku adalah membaca.setelah meninggalkan uitm penang, baruku rasa kemanisan menuntut ilmu.betapa jahilnya aku dahulu,sesuatu fakta ikut manis mulut saja.pemikiran terkurung,hujah2 pun terbatas.

buku yang menceritakan indahnya penjelajahan ilmu
maka kutarik pengajaran daripada hal ini,sekiranya kita tidak berani bercakap di depan, banyakkan membaca buku berilmiah yang berkenaan.itu sahaja modalnya,takut atau gugup belakang cerita.lihat sahaja mantan Perdana Menteri kita, DR M, beliau sangat petah berkata2 dalam apa2 hal sekalipun.keberaniannya hadir daripada ilmu2 hasil pembacaan beliau.mengapa baru sekarang saya sedari hal ini??

Pilihan itu lumrah

tetapku panjatkan syukur kepada ilahi dengan segala kurnian-Nya.salah satu hikmah yang dapat ku temukan adalah penolakkan tawaran uitm yang saya sebutkan di atas.saban hari aku dilema memikirkan tindakkan ku itu.bak kata orang yang arif "what we do in life, echoes in eternity".maka daripada situ aku menemukan jawapannya.

dalam hidup kita ini, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan.walau apa yang kita pilih, mesti ada kesudahannya,biar baik mahupun buruk.memang itulah kerangka sistem alam yang tidak dapat disangkal.cuma yang malangnya, apabila seseorang itu langsung tidak membuat keputusan,kesudahannya tidak kunjung tiba,beku dan tidak membawanya kemana2.pada pengamatanku, orang inilah yang paling rugi.

Saat debaran menanti

oya, dalam 2 minggu lagi, rakan2 di UiTM akan bermula bercuti, gembira untuk melakukan perkara masing2.tapi saya di sini agak berdebar2, kerana lebih kurang dalam tempoh itu juga keputusan kemasukan UiTM akan keluar.segalanya aku serahkan kepadaNya.tiada lain yang ku pinta selain redha mu ya Raab...

2 comments:

Anonymous said...

memang sukar, tapi setiap sesuatu pilihan itu pasti ada hikmahnya. jadi teruslah mengusahakan jalan yg dipilih dgn izin Allah akan berhasil dgn baik. =)

by the way, abg nak smbung blaja dah ke? bunyi mcm dah apply n tgh tgu result. ke uitm shah alam ke? kalau ya, dan abg msk sem depan, silap2 terjmpa la kita kt sana. sbb cha praktikal hotel uitm shah alam sem dpn. huhu.

@kuSEkaDARberkongsi said...

btul cha..abg ada apply..
inshaAllah, kalu dapat mmg nak smbung ujung taun nie..tapi, tang kampus mana tue, abg x sure..mybe shah alam atau sri iskandar (mintak2 tak)..hehe..kalu rzki dkt S.A..ble aa jmpa cha yg len2..huhu..

btw, abg apply ari 2 under surveying pnya fakulti,beralih angin sket dr civil..pohon doanya!! =D