Monday, October 4, 2010

Hijau??~mulakan dari yang mudah

"40 percent.."
 itulah janji Perdana Menteri kita ketika berucap pada The Summit of Climate Change di Copenhagen pada tahun lalu.beliau juga menambah kita akan melaksanakan perkara ini dengan lancar sekiranya ada bantuan daripda dunia barat berkaitan dengan teknologi hijau dan bantuan kewangan..

 kita sebagai rakyat malaysia boleh mulakan sesuatu untuk menyahut seruan PM kita.huh!!,tak perlulah nak keluarkn duit simpanan 'tabung ayam' kita untuk menyalur 'capital' kepada kerajaan.mulakan daripada sesuatu yang kecil...dan mudah.

 penulis dan buku beliau

 Saya ingin berkongsi sket drpd buku yang sy baca x lama dlu (dan masih) berjudul "Global Warming Survival Handbook" karya David de Rosthchild.dengan harga 'bargain'.input dlm buku nie 300x lebih bernilai drpd harga yg aku bli..antara koleksi buku terbaik aku selain drpd tertralogi laskar pelangi..hehe..

  hmm.dah melalut plak.ok2.kembali ke topik asal.dekat cnie sya kongsikan apa yg dikatakan oleh saudara david " 10 cara mudah membantu melawan pemanasan global"..huh, nak tergeliat gak lidah terjemah buku nie.jom kita tengok....

 1) Ganti mentol lampu yang sesuai..sekiranya setiap isi rumah di United kingdom (dianggarkan 24.9 juta) menggunakan hanya satu mentol 'cekap tenaga', ia dapat menjimatkan elektrik sehingga mencukupi untuk menutup satu jana kuasa elektrik!!!bayangkan kalau lebih banyak mentol ini digunakan!!!...jangan tutup semua 'power plant' sudah..

 2) Tutup peralatan elektrik anda sepenuhnya..'standby mode'adalah penyumbang angka2 pada bil elektrik anda secara senyap.tanggalkan plag sepenuhnya dan anda boleh kurangkan pembaziran tenaga sebanyak 10% atau lebih!!!


 3) Katakan tidak pada plastik bag..kisah lebih 500 billion hingga hingga 1trilion plastik bag yang kita gunakan setiap hari biasanya tak 'happy ending'.kebanyakkannya berakhir di tapak pelupusan sampah, dan banyak juga yang berterbangan di tepi2 jalan...

 4) Beli barangan buatan tempatan..dianggarkan hampir setiap barangan melalalui perjalan sejauh 1000 batu = 1609 km untuk sampai kepada pengguna.terutama barang import. dengan membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga (yang mencemarkan) untuk pengangkutan barang2 tersebut.


 5) Tanam sesuatu..bukan tanam harta karun yek, tapi tanam pokok.sebatang pokok dapat menghasilkan oksigen yang cukup 2 orang sepanjang hidupnya. bukan pokok kaktus yang kecil2 comel tue ye..tak cukup tue..

bersambung... 

kredit;
http://www.statistics.gov.uk
TheStar, 29.09.10."Green light for green technology"pg 13.
 


No comments: