"amacam UPU, dapat mana bing??"secara spontan aku menanya abing, kawan kelas ku dahulu.
"UiTM!!,dekat sabah", abing tergesa2 menjawab. dan serentak kami berkata "Alhamdulillah"..
ada juga seorang sahabat ku berkata, "ahh..yang penting sambung belajar.daripada duduk di rumah tiada benda nak buat.ada tawaran.tibai jak la.."
perbualan ini berlaku pada pertengahan tahun 2006 lepas.bila berjumpa dengan kawan lama, mesti perbualan berkaitan "sambung belajar di mana??"dan secara umumnya saya adalah tergolong seperti mereka2 itu.untuk mengelak daripada menjadi "golongan tak sambung belajar selepas spm", saya dengan selamba yaya buat permohonan ke uitm sabah atas alasan 'dekat' dari rumah.
hanya kerna sebab musabab yang entah apa2, saya 'struggle' nak menghabiskan pengajian.alhmdulillah,lepas 7 sem, dapat juga saya habiskan pengajian kejuruteraan yang saya ambil.
SUKA VS MINAT
lepas je grad.saya banyak buat homework.saya dapati kalu kita hanya suka2 masuk dalam sesuatu kos 2 tanpa berfikir menyebabkan;
1)kita belajar untuk lulus n then melupakan. kurang memeranjatkan kalu lepas satu test 2, kita dh lupa benda yang kita belajar.
2)Matlamat x jelas.kejap berapi, tapi selalunya x mood nak studi.buat benda len lagi bagus.
3)kerja ala kadar, copy n paste sngat sinonim.
4)dan banyak lagi.
setelah lebih 3 tahun tanpa fokus yang jelas dengan pengajian engineering nie, dan menimbangkan segala baik buruk, dan mengharapkan redhaNya, saya akan beralih arah. 'building surveying', inilah pengajian yang saya pilih untuk sya teruskan.
biarlah apa kata orang dan kawan2 daripda saya terus hidup 'begitu2' je.langsung tiada daya saing.harap ini adalah antara keputusan yang terbaik pernah saya buat dan letakkan kepadaNya untuk menentukan..
dan InsyaAllah, kalu dapat diterima intake bulan 12 nie, saya bertekad untuk berjuang mencari ilmu sebetulnya, bukankah mencari ilmu itu satu ibadah??
kepada kawan2 diluar sana..fikir2kan perkara ini.x semestinya kita suka melihat doktor membuat rawatan maka kita minat ntuk jadi doktor.janganlah terikut2 sangat dengan kawan, banyak2 muhasabah diri untuk memilih jalan hidup anda yang terbaik.maka, renung2kanlah..
Wallahualam
1 comment:
alhamdulillah, tahniah berjaya membuat keputusan yang begitu penting. cha doakan semoga abg dapat tawaran dan berjaya dalam apa yang dipilih.
memang sukar membuat keputusan, tambahan antara apa yg kita suka dan minat, dengan peluang yg ada dlm industri.
tapi bila memilih sesuatu yg terbuka hati kita untuknya, insyaAllah apa dipelajari pun menjadi sebahagian diri dan bukan sia-sia macam kata abang, "belajar kemudian lupa."
teruskan usaha kerana ilmu xpernah habis untuk ditimba. :)
Post a Comment