Seorang lelaki bertanya:

Kemudian Baginda menjawab:
”Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Huraian:
Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Sekadar berkongsi:
Mungkin anda pernah lalui situasi dimana anda dikatakan bodoh ketika anda bersabar melayan karenah kawan2..tapi saranan Rasulullah sememangnya penuh berkat. Satu ketika dahulu, saya agak kekok memulakan kerja ditempat baru. Macam biasa aa, junior kena ikut "suruhan2" senior. Berkat kesabaran, Alhamdulillah, saya dapat menjalinkan ukhwah yg erat dgn staf yg lain. Kalaulah saya banyak merungut dahulu, mungkin jalinan persahabatan antara staf tak kuat.
lagipun, bukan sehari dua saya kena kerja dkt sini..(PizZaHutJusco). Syukur ke hadrat ilahi, sedikit sebanyak pengalaman berpersatuan d kampus dulu banyak membantu. Kemahiran kita berkomunikasi sangat penting bila berada d dunia luar nanti. Saranan saya untuk sahabat2 yang masih menimba ilmu di IPTA/S agar dapat menimba skill sebanyak mungkin bila berada d kampus. Rajin2 la yek ikut program yang banyak boleh disertai.Oya, banyakkan juga membuat pembacaan (Bukan majalah gosip2 yek) untuk memberikan lebih banyak idea kepada anda semua...
kredit: Azy5rejab.blog.friendster for the picture.
2 comments:
Sangat suka post ini.
Sangat bermakna buat manusia pada zaman ini.
Kesabaran, kemaafan, dan komunikasi sangat berharga, kan.
Semoga kita terus menambah jaringan silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
yapyap.kn byk sabar. tapi sedih kalo even da berkawan nak berathun2 tapi kwn buat perangai je
Post a Comment