Sunday, May 15, 2011

Kongsi Pandangan : " Delicious as it "

Sambil menikmati minuman petang nie, hujan sedang membasahi bumi Shah Alam. walau kuat macam mana pun kilat sambung-menyambung,  feel melayan teh o panas tak akan terganggu.hehe. Oya,hanya mampu nak buat teh O panas je, nak juga buat gempak2 sikit bila tengok setin "buah laici" saudara Hazami tinggalkan sebelum balik ke Pahang tempoh hari. Sambil2 meneguk, tangan lancar je Google "resepi minuman laici", dan itu dia..banyak sangat info yang diberikan sekaligus.Air bandung laici, air tembikai laici, air laici susu bersoda dan macam2 lagi. Tapi, larat ke nak usya semua?

Seperti tajuk post ini, "kongsi pandangan", saya nak perkenalkan anda laman web nie, (delicious.com). Mungkin anda pernah termasuk, terlihat, terbuka dan segala "ter" dengan laman web nie, tapi sayang sekali anda tak tahu fungsinya. Secara ringkasnya, saya boleh katakan laman web nie adalah ibarat social network, ala2 FB gitu, tapi ini adalah social network yang "berilmiah".

Fungsi utama Delicious membolehkan anda tag alamat laman web yang anda ingin untuk disimpan. fungsi ini sama dengan "bookmark" terdapat pada browser anda sama ada firefox, chrome dan apa browser sekalipun.Dengan kata lain, jika anda terjumpa laman web yang menarik, anda boleh tag dan simpan di akaun Delicious anda. Seperti yang saya terangkan sebelum nie, ia seakan FB yang boleh anda personalize, boleh dikongsi, dan segala yang berkaitan dengan jaringan sosial. terdapat juga seakan-akan newsfeed untuk anda melihat tag laman web terbaru yang pengguna lain muatkan. Mudah dan tidak memeningkan.

sudah tu, apa yang bagus sangat delicious.com nie??, berikut saya senaraikan advantages laman web nie.

1) Aplikasi Bookmark dalam browser anda hanya menyimpan alamat laman web ke dalam PC anda. Sekiranya hilang atau anda ter"delete", ia akan lenyap selamanya. Menggunkan delicious, anda boleh tag@bookmark alamat laman web pilihan anda dan tidak perlu risau kerana bookmark anda tersimpan kemas pada akaun Delicious anda.

2) Hanya daftar melaui akaun Yahoo! untuk log masuk dan anda boleh akses di mana-mana sahaja laman web kegemaran anda selagi terdapat sambungan internet.

3) Sangat2 berguna untuk keperluan pembelajaran. Terdapat banyak info untuk kita cari di laman web, dan tidak semua kita boleh akses sekaligus. Menggunakan aplikasi Delicious, kita boleh Tag@Bookmark mana2 laman web yang sesuai untuk kita baca kemudian.

4) Jimat masa dan tenaga, tak perlu bersusah payah nak salin dekat words, notepad ataupun stickynotes untuk alamat laman web yang anda gemari. Hanya tag sahaja.

setakat nie sahaja yang boleh saya kongsi berkenaan kebaikan delicious nie. tapi saya nak "emphasis" dekat kelebihan no 3. Aplikasi Delicious nie sangat berguna untuk anda yang masih bergelumang dalam 'industri' pembelajaran. Semua maklumat dengan mudah kita satukan pada satu tempat dan mudah untuk kita buat rujukan pada hari2 mendatang. dan yang paling penting, tak perlu risau jika terhilang atau terlupa, semuanya tersimpan dekat internet. ala2 "virtual pendrive" gitu.hehe.

cerita panjang pun tak guna.dah nama pun berkongsi pandangan, terpulang kepada anda untk menilai kebaikan Delicious nie.Hujan pun dah reda, Teh o panas pun dah abis, rasa nak refill plak. ok, nak undur diri dulu, renung2kan dan selamat ber'delicious'. Assalamualaikum..

Reference, Essential Study Skill : The Complete Guide to success at University; Tom Burns and Sandra Sinfield.

Saturday, April 2, 2011

~ akhirnya - Novel Andrea Hirata sudah tiba ~

sambil2 nak siapkan report BEL nie, jari nie sibuk menaip laskar pelangi dkt google.hanya untuk mencari2 motivasi yang kejap datang dan kejap pergi. walau buku dan wayang gambar karya saudara Andrea ini puas sudah dijamah, tetapi hati tidak jemu untuk sentiasa menyelami keindahan kehidupan yang disajikan oleh naskah2 beliau. mengingatkan nasib salah seorang karakternya, Lintang, sentiasa membuat aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang yang Allah swt berikan. inshaAllah, kalau ada rezeki, melanjutkan pengajian sehingga peringkat sarjana menjadi sasaran, walau sekarang nie baru menuntut di semester satu sarjan muda. semua gara2 karya saudara Andrea..membuatkan diri ini sentiasa berani bermimpi....

Unik juga buku nie, nak baca dari depan atau belakang pun boleh
dan sambil2 sibuk mengoogling nie, berita terbaru yang indah telah dpt ku tahu. novel Padang Bulan dan Cinta dalam gelas sudah sampai di Malaysia. TQ la kepada PTS litera kerana tolong terjemahkan novel ini. dan sekaligus penantian lebih 6 bulan (novel ini diterbitkan di Indonesia) juga telah berakhir. kena rajin2 usya dekat kdai buku lepas nie. oya, FYI novel andrea nie baru je dikeluarkan semalam (1 april 2011) , harga maybe dekat rm 50 untuk kedua-dua buku. hehe, memandang dah habis RM 100 (4 buah buku) untuk beli tetralogi laskar pelangi sebelum ini, tiada masalah untuk invest lagi untuk karya beliau.

tapi sebelum nak beli, kena siapkan dlu segala assignment ( 8 tugasan semuanya ) untuk dihantar dalam minggu2 akhir semester nie. cabaran2. Salam Exam semua..adios.

Monday, January 31, 2011

hidup baru = cara baru

Genap sebulan aku berada di bandaraya anggerik. alhamdulillah aku temui diriku yang jauh lebih baik di sini.kadang2 suasana persekitaran memerlukan kita berubah.semua pelajar akui, kampus Shah Alam adalah marabahaya yang harus digempur, kalau tidak tumpas di tengah jalan.

" Selamat Datang "
Minggu pertama adalah minggu yang sangat mencabar dan memenatkan. berbekalkan semangat "chinese idiom", no pain no gain, seluruh lekuk2 dan laluan UiTM shah alam saya reda. ternaik bas yang salah adalah perkara lumrah, tetapi pengajaran sentiasa menanti di sebalik kepahitannya. soal malu tolak ketepi, sehingga pernah sesat di fakulti hotel (hotel UiTM) hanya untuk mencari laluan pintu 3. walaupun dipandang "total stranger" oleh staf2 hotel, "lakonan" membelek handphone dan membaca buku membuatkan mereka tidak endahkan kehadiran ku.
sekali lagi perisai "no pain no gain" dan "soal malu tolak ketepi" membantu ku kerana kepahitan2 itulah yang akan menjadi madu di kemudian hari.Alhamdulillah, hampir semua "shortcut" pejalan kaki di kampus ini telah saya temui.lebih2 lagi dengan bantuan teknologi google maps. XD

nak dijadikan lebih dramatik, fakulti ku yang sepatutnya di FSPU berdekatan dengan pintu sect 7, hanyalah "lambang" semata-mata. jabatan Building Surveyor dan semua kelas berada di Menara SAAS. Sekali lagi perancangan jadual kelas perlu ditukar. tapi yang peliknya, saya agak senang dengan permasalahan ini. semakin kuat saya diduga, semakin kuat saya mencabar.mungkin ini penangan terlalu banyak baca buku Andrea Hirata..

sememangnya permasalahan pengangkutan adalah isu terbesar saya.Mengharapkan bas RAPID dan kawan2 sahaja tidak mencukupi.setelah membuat sedikit perkiraan dan bantuan google maps (sekali lagi) serta pengalaman yang ada di Penang, saya putuskan untuk meneruskan legasi " Black Ryder " di sini. saya tahu bahawa keadaan di sini agak mencabar untuk berbasikal, tetapi saya ulang "no pain no gain", perkara ini perlu dicuba berkali2 agar dapat menghasilkan "comeout" yang lebih baik.simple solution, tetapi masalah tindakan selalu membantutkan sesuatu perancangan.

akhir sekali, semua sahabat yg membaca coretan ini, saya doakan agar sentiasa berubah menjadi yang lebih baik, mana yang bersesuaian dalam coretan ini jadikan teladan. kalau tidak sesuai, ubah cara dan suaikan ikut keadaan anda. ingat, "no pain no gain" dan tolak soal malu ketepi untuk mengejar Ilmu dan cita2.semoga sentiasa sukses2 belaka. Assalamualaikum.

Wednesday, November 24, 2010

~ MuSiC DiPloMacy ~

 ‎"Muzik yang bijaksana kalau kita mainkan atau perdengarkan akan melembutkan jiwa yang keras, membangkitkan jiwa yang tidur, menemukan jalan pulang pada jiwa yang sesat, menjadikan jiwa yang alpa kembali ingat"..(Faisal Tehrani - Advancer si Peniup Ney)

Sambil2 menaip coretan ini, lagu2 Maher Zain menjadi iringan halwa telinga.Sememangnya, tidak perlu disangkal lagi,saya sangat2 meminati lagu2 hasil nukilan beliau.Seorang komposer,penulis lirik dan penyanyi yang sangat2 berbakat besar.

Berdakwah melalui muzik

Selain kekagumanku terhadap bakat beliau, beliau juga mempunyai kelebihan yang lain. Kebijaksanaan dalam berdakwah.Dengarkan sahaja lagu2nya.Dengan rentak2 lagu RnB serta sulaman irama2 arab  (tak reti sangat nak define genre2 lagu) , alunan muzik ini berjaya menambat hati sesiapa pun yang mendengar.

Maka tidak hairanlah lagu2 beliau digemari,sehinggakan kawan2 non-muslim pun meminati beliau.Inilah dakwah di dalam muzik.Mungkin mesra kita katakan "Music Diplomacy", kita mendekati orang2 bukan islam melalui cara yang mereka senangi. Sambil menghayati muzik,sambil memahami bait2 lagu, sambil berdakwah,sambil mengingatkan.Kombinasi yang sangat berkesan dalam berdakwah, seiring arus perdana.

Semoga insan2 seperti beliau sentiasa hadir dalam kemelut islam global yang semakin parah masa kini.Semoga menjadi ilham kepada diriku untuk menggerakkan dakwah.InshaAllah, banyak lagi ilmu2-Nya yang perlu saya terokai.Semoga sentiasa mendapat izin-Mu ya Raab..

Jika tidak melalui 'tangan', gunakan 'mulut' 

Sebagai pandangan, sesetengah ulama menafsirkan mencegah perbuatan mungkar melalui mulut ditafsirkan sebagai penulisan.Apa kata kita jadikan ruang penulisan sebagai permulaan untuk menyebarkan dakwah.Tidak seperti mengubah lagu yang memerlukan bakat yang signifikan, penulisan cuma memerlukan banyak latihan.Ia menjadi mudah bagi penulis "tegar" terutama individu yang sangat aktif berblog.

Jom jadikan bidang penulisan salah satu daripada medium untuk kita berdakwah.Banyakan latihan serta luaskan medium bacaan, bukan dalam bidang pengajian kita sahaja.Bukalah minda, terapkan semangat sentiasa menjadi lebih baik.SDBB (salam dari bawah bayu), Assalamualaikum..

Monday, November 8, 2010

Kulihat diriku pada diri mereka...



Sepanjang cuti2 malaysia nie, kebanyakkan aktiviti saya berkisar untuk membantu bapa dan emak saya berniaga secara kecil-kecilan di hadapan politeknik kota kinabalu.secara lebih tepatnya, penjaja bergerak yg menjual makanan dan minuman. Dengan menggunakan Perodua Kembara untuk berjualan, maka lahirlah nama jolokkan “Kembara de Lily”. Nama nie adalah nama jolokkan daripada pelajar2 poli sendiri, tanpa sebab-musabab yang jelas, memanggil emak saya aunty Lily.

Tapi itu tak menjadi masalah pun.bagi emak, itu semacam akan “promosi tak terancang”. Bila disebut saja aunty Lily, segera mereka tersapa “Ooo..makcik yang menjual kat luar tue, jom p sana”..alhamdulillah,maka bertambah2 la rezeki mak sehari2.

Bermacam ragam dan tingkah 

Perihal lanjut “Kembara de Lily” nie saya kisahkan kemudian sahaja. Ada benda lain sebenarnya saya nak khabarkan dekat sini. Secara “official”nya, pada 1november yang lepas, Politeknik di seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini.banyak perkara2 sekaligus detik2 nostalgia terimbau bila melihat tingkah pelajar2 di sini.

Seperti cepatnya masa berlalu, begitulah cepatnya perangai2 dan emosi pelajar ini berubah 360 darjah. Pada awal semester dahulu, semua ceria2 saja. Berborak2,berkicau dan ber”loyar buruk” sepanjang masa ibarat dunia mereka yang punya.dan tidak kurang, ada seorang hamba Allah nie, sentiasa bercerita kisah kawannya yang karok berjam2, mengacu-acu lagak persis faizal tahir membuka baju .berterusan, tanpa henti. Saya kurang jelas perihal “tema” yang mereka bincangkan. Malah saya juga ragu, kerana hal karok itu mereka bincangkan berterusan dari minggu2 lepas lagi.mungkin saja mereka kemari untuk menuntut “cara berkarok yang betul” sebelum menyertai program Mentor yang akan datang.wallahualam..

tapi lihatlah mereka sekarang.semuanya serius sahaja.kisah2 karok telah terbang dibawa angin bayu.perihal akdemik semakin kuat bersenandung.maka tidak hairan,  melihat mereka lebih serius berbicara berkaitan pelajaran. Tidak kurang ada mata yang bengkak2, seperti ditinju, kerana seharian bersengkang mata untuk mengkhatamkan segala pelajaran untuk exam hari itu.kalau ada yang tergesa2 berjalan tu, saya maklum mereka nie memang dah terlewat untuk ke dewan peperiksaan.tidak kurang juga ada yang sibuk membuat panggilan, saya mafhum mereka nie golongan yang tak tau dewan peperiksaan mana harus ditujiu, A atau B, sedangkan exam akan bermula beberapa minit saja lagi.

Cerminan diriku menggali hikmah 

Ada suatu kehairanan melanda diriku apabila ku melihat semua ini.seakan2 aku melihat diriku sendiri dalam setiap tingkah mereka.untuk menjadi lebih dramatik, ia seakan2 dalam gerakan “slow motion” agar dapat diriku menikmati setiap esensi pergerakan mereka.

Secara perlahan2, saya fahami khayalan itu adalah jelmaan diriku sendiri.saya maklum semua kelakuan itu pernah saya lalui dahulu. Daripada studi last minute, sembap dan tak tidur sehari sehinggalah menzahirkan mimik muka yang serabut serta serius, semuanya pernah ku lalui dahulu.

Benarlah kata orang2 yang arif “ biarpun seribu kaca kita gunakan – yang datar, yang cekung,yang cembung, dari samping, dari atas atau bawah sekalipun – tak pernah cukup untuk kita mengenali diri”

Maka saya mafhum bahawa apa yang saya lihat sepintas lalu itu adalah secebis pengajaran yang hadir daripada pelbagai kekalutan duniaku sehari2. Syukur ke hadratNya kerana memberi peluang untuk ku menyedari kesilapan ini. 

Dengan tekadnya saya menarik pengajaran daripada hal ini untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu iaitu kurang perancangan dalam hal2 pembelajaran. Medan di Shah Alam nanti (InshaAllah) akan saya zahirkan inti2 pengajaran ini dalam melayari esensi penjelajahan ilmu.Semoga kita semua sentiasa dalam redha-Nya, InshaAllah...

saya coretkan catatan ini.
untuk pedoman  kemudian hari.
ilmu sentiasa perlu dicari,
moga mendapat petunjuk ilahi.

kredit for pictures;
dasweetmemory.blogspot.com
peaceofme.wordpress.com