| UiTM Penang di suatu pagi yang indah |
walau tidak menyambung terus pengajian ke peringkat sarjana muda dahulu,saya mengambil peluang yang ada ini untuk "settle down" dan cuba menilai kehidupan saya selama 3 tahun di Pulau Pinang. tidak dapat saya sangkalkan, banyak perubahan yang saya lalui.cuma dalam banyak2 itu, lebih banyak buruknya daripada baiknya.
saya tidak bermaksud bersangka buruk kepada Allah.sesungguhnya, yang buruk itu semuanya daripada kesilapanku sendiri.dan Allah swt sembunyikan hikmah di atas setiap keburukan yang saya lakukan, tinggal untuk saya gali dan pandang dengan mata hati sahaja.di situlah terletaknya kebesaran yang maha esa.
sewaktu mendapat tawaran sambung pelajaran ke Shah Alam dahulu, hatiku begitu tawar untuk menerima.setelah menimbang segala baik buruk, dengan hati yang was2,sya menolak tawaran itu.maka berduyun2 lah khabar daripada rakan2 yang mengatakan langkah saya itu salah dan merugikan.saya terima hakikat itu dengan kepahitan dan diam sahaja.
Banyak membaca itu semanis madu
hari2 seterusnya, saya menuruskan kehidupan dengan biasa2 sahaja.tapi setiap inci masa takkan ku biarkan berlalu begitu sahaja.tabiat baruku adalah membaca.setelah meninggalkan uitm penang, baruku rasa kemanisan menuntut ilmu.betapa jahilnya aku dahulu,sesuatu fakta ikut manis mulut saja.pemikiran terkurung,hujah2 pun terbatas.
| buku yang menceritakan indahnya penjelajahan ilmu |
Pilihan itu lumrah
tetapku panjatkan syukur kepada ilahi dengan segala kurnian-Nya.salah satu hikmah yang dapat ku temukan adalah penolakkan tawaran uitm yang saya sebutkan di atas.saban hari aku dilema memikirkan tindakkan ku itu.bak kata orang yang arif "what we do in life, echoes in eternity".maka daripada situ aku menemukan jawapannya.
dalam hidup kita ini, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan.walau apa yang kita pilih, mesti ada kesudahannya,biar baik mahupun buruk.memang itulah kerangka sistem alam yang tidak dapat disangkal.cuma yang malangnya, apabila seseorang itu langsung tidak membuat keputusan,kesudahannya tidak kunjung tiba,beku dan tidak membawanya kemana2.pada pengamatanku, orang inilah yang paling rugi.
Saat debaran menanti
oya, dalam 2 minggu lagi, rakan2 di UiTM akan bermula bercuti, gembira untuk melakukan perkara masing2.tapi saya di sini agak berdebar2, kerana lebih kurang dalam tempoh itu juga keputusan kemasukan UiTM akan keluar.segalanya aku serahkan kepadaNya.tiada lain yang ku pinta selain redha mu ya Raab...