Sunday, September 26, 2010

Bumi bertuah ~ Malaysia

"dan ingatlah sahabat2 kita di pakistan sana,bayangkan bagaiman mereka menyambut syawal dengan musibah yang menimpa mereka

Negara tercinta kita ini memang sangat bertuah.tidak keterlaluan kalau sya katakan inilah antara negara yang banyak dilimpahi rahmatNya. kedudukan geografinya jauh drpd bumi anbiya, tapi syiar islam utuh di sini. juga jauh drpd lingkaran api pasifik yang membelengu jiran2 kita.

etnik yg pelbagai, tapi lebih aman dan toleransi berbanding dgn US yg memperjuangkn kesamaan tapi bnyk menidakkan hak minoriti di negara mereka sndiri. tanah yang subur,makanan yang bnyak..apa lagi, mmg tak ternilai kurnia-Nya..

TAPI, itulah kita..kita sudah lemas dengn kurniaan yg banyak ini.di sana-sini kita mudah lupa dngan pemberian rahmat ini.pembaziran sgt sinonim, cthnya pada bln syawal ini sedangkan shabat kita di pakistan sana terkial2 mencari sisa2.


 malah dianggap lucu bila saya sampaikn pada rakan2 bila dok beraya hari tu."berceramah" katanya.saya takut, inilah pemikiran kronik yg akan menghambat rasa syukur kita kepadaNya. takkan nak tunggu banjir mcm dkt bukit tinggi (awal tahun 2007) dan baru nak ingat??


Bersyukur dengan apa yang ada


lihat kwn2 kita di Palestin sana.saya yakin hampir setiap detik mereka memohon kepada Allah untuk membebaskan mereka drpada ujian-Nya.tetapi, sudah lama malah bertahun Allah masih tetap menguji mereka.

sudah terang2 Allah menghantar mesej yang jelas kepada kita rakyat Malaysia bahawa tidak mustahil nikmat kita akan ditarik dan dignti dengan ujian seperti shbt2 kita lalui.inilah peringatan2 yg jelas kpd mereka yg mempunyai sari pemikiran.

Bersedia menghadapi musibah

pepatah melayu ada mengatakan, sediakan payung sebelum hujan. UjianNya sentiasa ada dalam pelbagai bentuk dan cara. Persoalannya..bersediakah kita?? renungkan kata2 motivasi Rasulullah dlm mghadapi musibah;

"apabila seseorang daripada kamu menghadapi musibah, tolehlah kepada orang yang lebih susah daripada kamu.semoga kamu menjadi lebih bersyukur"

dialah kekasih kita.diletakkan tempat pertama dlm '100 org paling brpengaruh dalam sejarah' karya Michael H. Hart.sedangkn org barat mengiktiraf baginda, mengapa kita kurang menuruti sunahnya...


Ingatan untuk diriku dan kawan2 ku.sentiasalah bersyukur dengan apa pun yang kita miliki..
walau dengan benda yang kecil sekalipun...rahmat Allah itu sentiasa berada di mana2..
semoga Malaysia dan seluruh umat islam yg lain sentiasa di dalam lindunganNya..

Wallahualam..

Thursday, September 16, 2010

Masa Untuk berubah



"amacam UPU, dapat mana bing??"secara spontan aku menanya abing, kawan kelas ku dahulu.

"UiTM!!,dekat sabah", abing tergesa2 menjawab. dan serentak kami berkata "Alhamdulillah"..

ada juga seorang sahabat ku berkata, "ahh..yang penting sambung belajar.daripada duduk di rumah tiada benda nak buat.ada tawaran.tibai jak la.."

perbualan ini berlaku pada pertengahan tahun 2006 lepas.bila berjumpa dengan kawan lama, mesti perbualan berkaitan "sambung belajar di mana??"dan secara umumnya saya adalah tergolong seperti mereka2 itu.untuk mengelak daripada menjadi "golongan tak sambung belajar selepas spm", saya dengan selamba yaya buat permohonan ke uitm sabah atas alasan 'dekat' dari rumah.

hanya kerna sebab musabab yang entah apa2, saya 'struggle' nak menghabiskan pengajian.alhmdulillah,lepas 7 sem, dapat juga saya habiskan pengajian kejuruteraan yang saya ambil.

 SUKA VS MINAT

saya dapat ilham nie daripada abg azree hanifah,studiomuslim.com..lepas terbaca artikel beliau baru saya sedar, keputusan yang saya ambil dahulu adalah kurang bijak.saya ambil kursus tu pasal; kampus yang dekat, 2 je kos sains yang ada dekat uitm sabah, benda yang nak aku ambil n minat jauh dekat semenanjung sana, n yang paling penting dapat ikut kawan2 masuk 'U'..huh.memang 'reasons' yang..eii..(dan ditakdirkan kena pindah p semenanjung, ha! ambik kau)

lepas je grad.saya banyak buat homework.saya dapati kalu kita hanya suka2 masuk dalam sesuatu kos 2 tanpa berfikir menyebabkan;

1)kita belajar untuk lulus n then melupakan. kurang memeranjatkan kalu lepas satu test 2, kita dh lupa benda yang kita belajar.

2)Matlamat x jelas.kejap berapi, tapi selalunya x mood nak studi.buat benda len lagi bagus.

3)kerja ala kadar, copy n paste sngat sinonim.

4)dan banyak lagi.

setelah lebih 3 tahun tanpa fokus yang jelas dengan pengajian engineering nie, dan menimbangkan segala baik buruk, dan mengharapkan redhaNya, saya akan beralih arah. 'building surveying', inilah pengajian yang saya pilih untuk sya teruskan.

biarlah apa kata orang dan kawan2 daripda saya terus hidup 'begitu2' je.langsung tiada daya saing.harap ini adalah antara keputusan yang terbaik pernah saya buat dan letakkan kepadaNya untuk menentukan..

dan InsyaAllah, kalu dapat diterima intake bulan 12 nie, saya bertekad untuk berjuang mencari ilmu sebetulnya, bukankah mencari ilmu itu satu ibadah??

kepada kawan2 diluar sana..fikir2kan perkara ini.x semestinya kita suka melihat doktor membuat rawatan maka kita minat ntuk jadi doktor.janganlah terikut2 sangat dengan kawan, banyak2 muhasabah diri untuk memilih jalan hidup anda yang terbaik.maka, renung2kanlah..

Wallahualam